Friday, 7 March 2014

Apakah ini jalannya . . .



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dahulu . . . 
Saban kali terfikir . . .
Adakah jalan ku ini salah . . .
Kerna di mata mereka seakan - akan semua di luar dari kebiasaan . . .
Acap kali fikiran berbolak-balik kerana goyah . . .
Sepertinya ingin hidup di dunia sendiri . . .
Hanya mampu memandang tanpa bersuara kerna yang kasar itu bukan satu-satunya jalan keluar . . . 
Apatah lagi melunaskan apa yang di mahu . . . 

Sekarang . . .
Kaki ini masih melangkah ke jalan yang sama . . . 
Meski yang melihat itu akan kelihatan seperti tidak biasa . . . 
Langkah masih diteruskan hatta yang di belakang itu kalamnya berbisa yang mampu merobek yang namanya perasaan . . 
Mengatakan kepada diri yang di sekeliling mu itu adalah ujian . . . 
Kerna bukannya namanya manusia jika tiada ujian yang menyinggah dalam dairi kehidupan . . .

Masa hadapan . . .
Tidak mampu meramal apa yang bakal menjengah esok mahupun tahun hadapan . . . 
Begitu juga dengan sekeliling . . . 
Tidak mengharap ingin menjadikan yang sempurna . . . 
Kerna kesempurnaan itu hanya ada pada-Nya . . .
Hanya mampu meminta kepada yang Esa . . . 
Moga menetapkan diri ini sentiasa di jalan yang tidak semua inginkan . . . 

'' Yaa Muqallibal QuluubTsabbit Qalbi' Aala Diinik ''







ana_ayin

No comments:

Post a Comment