Wednesday, 19 November 2014

Si Pemerhati Jatuh . .








Sepanjang perjalanan,
Susahnya itu kian terasa , 
melihat dengan pandangan negatif , 
berkata si hati sampai sini sahaja , 
Jangan di teruskan , 
Apabila telinga mendengar keluhan sukarnya hidup sekeliling , 
Kerna si mata menjadi saksi , 
Jahatnya isi dunia bagaimana , 
Bermulanya kembali ke takuk yang lama , 
Kerna semangat yang di pikul , 
Pudar saktinya , 
Semangat mati begitu sahaja , 
Segala makanan hanya menjadi racun , 
Si pemilik yang tersiksa , 
Dikelilingi orang yang bermuka , 
Punya tabiat meratah daging sesama sendiri , 
Tertunduknya si pahlawan yang punya tiada apa , 
Hanya melihat sketsa lakonan di mata sesalan , 
Sakitnya diri hanya hati yang rasa , 
Luka fizikal mampu lihat warna darahnya , 
Tapi tidak pada luka perasaan , 
Saat itu , hanya ingin kembali ke asal akhir tujuan , 
Punya topeng yang tidak mampu sembunyikan rupa , 
Hanya tinggal menunggu saat , 
Jatuhnya dia bila menimpa diri , 
Indahnya dunia , 
mula menghilangkan serinya , 
Bermulanya gelap untuk satu masa , 
Melaluinya dengan tangisan , 
Bila manusia mula menunjukkan warna ,
Semuanya hanya sebagai umpanan ,
Apakah kau tidak kesah ?



Pengakhiran mu nanti adalah di hadapan Pencipta mu . .


Saturday, 20 September 2014

The Same Road








بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ










She always seeing the same road everyday , 
the same road but the thoughts always different , 
That road gives her a hundred reason what the life is , 
Each person facing the difficulties in their lives but hung in there with hope , 
A lonely little girl looking to the sky with a thousand questions , 
Asking when the good things will come to her life , 
Missing the old times , 
When the children have their own world , 
No worrying about humanity, jeopardize or anything else , 
Life is a journey , 
the end of the path is a success nor the failure , 
The decision shine brightly if you have Allah blessing in your life . .



Saturday, 10 May 2014

Kasih kah aku pada dunia ??




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Meniti hari demi hari . . 
Berganti waktu siang ke malam . .
Setiap hari aktiviti yang sama . . 
Tapi perna kah bertanya kepada diri . . 

" Siapakah aku sebenarnya "

" Apakah kewujudan ku di dunia punya kebaikan "
" Adakah perbuatan ku akan Allah pandang "
Bergolak dengan pelbagai soalan yang akhirnya hilang ditelan dek masa . .

Seorang yang baru mengenal ertinya dunia . .
Mengejar akan namanya zaman era fashionista . .

Mendambakan pujian yang di jaja oleh dunia . . 
Walhal ikhlasnya itu tidak mampu dikesan . .

Diri yang bernama Aku . . 

sentiasa dihantui bayangan dua arah . .
Arah yang berbeza jalanan kehidupan . . 
Yang apabila tersalah pilih akan parah . .

Sungguh manisnya itu seketika jika jalan yang dipilih indah luaran . . 

Penuh kepalsuan dek topeng yang dipakai yang begitu sempurna . . 
Tapi . . 
Adakah yang bernama Aku juga sebegitu . . 

Kadang-kala Aku memberontak kerna manusia yang gilakan segalanya . . 

Yang mendoktrinkan mereka dengan paksaan . . 
Yang membuaikan mereka dengan keindahan . .
Dengan mengatakan kamu lah yang sempurna . . 

Oh yang bernama Aku . . 

Seandainya kau tahu pengakhiran hidup mu bagaimana . . 
Tentu yang indah itu akan kau ditinggalkan tanpa kesalan . .
Dengan yakin kau mampu berkata Aku mampu hidup tanpa itu . . 

Kenapa berat ingin meninggalkan . . 

Dalam kamar mu nanti hanya engkau yang akan bersendirian dengan amalan . . 
Bukan dengan harta, pujian mahupun kecantikan . . 
Jadi . .
Mengapa menakuk di tempat yang sama . .

Adakah hati mu mula kasihkan dunia . . 

Adakah cinta mu mula lebihkan yang namanya manusia . . 
Adakah diri mu dambakan isi dunia . . 
Koreksi diri adakah itu tujuan hidup . . 





Kata hati yang hanya mampu di lakar melalui tulisan . . 
Kerna tidak kuat untuk seisi dunia dengarkan . . 
Cukup sekadar tulisan yang mampu menyenangkan yang namanya Qalb . .













ana_ayin (:


Saturday, 8 March 2014

Keluarga harta yang paling bernilai buat ku . . .






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Bila di sebut pasal keluarga semua akan teringat dengan kenangan di masa lalu di mana di zaman kanak - kanak mahupun sekarang . Betapa beruntungnya manusia kerana Allah kurniakan nikmat yang tidak ternilai di mana adanya ukhwah kekeluargaan itu ada . Di mana kesedihan mampu dikurangkan mahupun sedikit kerana adanya tempat mengadu , dapat berkongsi rasa gembira itu dan dapat mengharungi jerih payah kesusahan bersama - sama . Alhamdulillah wal syukurillah ya Allah dengan nikmat sebesar ini . Tidak mampu di bayangkan saat - saat yang ada tanpa ada keluarga di sisi . Kasih sayang Allah melimpah ruah dalam ukhwah. Ibarat seutas tasbih di mana kasih sayang itu tiada penghujungnya hatta setiap dari kita Allah akan menjemput tanpa mengira masa , tempat dan usia kita . Hargai selagi ia ada kerana kita tidak pernah tahu bila akan pergi menjauh ke alam yang lain . 
Keluarga permata hati untuk semua yang benar - benar menghargainya.



Friday, 7 March 2014

Apakah ini jalannya . . .



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dahulu . . . 
Saban kali terfikir . . .
Adakah jalan ku ini salah . . .
Kerna di mata mereka seakan - akan semua di luar dari kebiasaan . . .
Acap kali fikiran berbolak-balik kerana goyah . . .
Sepertinya ingin hidup di dunia sendiri . . .
Hanya mampu memandang tanpa bersuara kerna yang kasar itu bukan satu-satunya jalan keluar . . . 
Apatah lagi melunaskan apa yang di mahu . . . 

Sekarang . . .
Kaki ini masih melangkah ke jalan yang sama . . . 
Meski yang melihat itu akan kelihatan seperti tidak biasa . . . 
Langkah masih diteruskan hatta yang di belakang itu kalamnya berbisa yang mampu merobek yang namanya perasaan . . 
Mengatakan kepada diri yang di sekeliling mu itu adalah ujian . . . 
Kerna bukannya namanya manusia jika tiada ujian yang menyinggah dalam dairi kehidupan . . .

Masa hadapan . . .
Tidak mampu meramal apa yang bakal menjengah esok mahupun tahun hadapan . . . 
Begitu juga dengan sekeliling . . . 
Tidak mengharap ingin menjadikan yang sempurna . . . 
Kerna kesempurnaan itu hanya ada pada-Nya . . .
Hanya mampu meminta kepada yang Esa . . . 
Moga menetapkan diri ini sentiasa di jalan yang tidak semua inginkan . . . 

'' Yaa Muqallibal QuluubTsabbit Qalbi' Aala Diinik ''







ana_ayin