Sunday, 6 October 2013

Masa Yang Tidak Ternilai



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dengan masa yang hanya seketika , 
Biarlah keikhlasan saat itu terlakar dengan indahnya , 
kerana kesempatan yang hanya sebentar tidak ada kedua kalinya , 

Masa itu akan terus berjalan , 
Tanpa menunggu kita yang leka di dunia sendiri , 
Hatta walau sesaat pun ia tidak akan berpatah balik , 

Meratapi benda yang tiada , 
Melupakan perkara yang di depan mata bila mata hati tersembunyi dek dosa , 
Memandang kisah silam sehingga masa depan sirna begitu saja , 


Masa memandang dengan tajamnya pandangan , 
Apabila insan ciptaan Allah berjimba tanpa mengenal dunia , 
Mencalit dakwat dosa pada kertas kehidupan , 


Mendongak ke langit tanpa segan , 
Merenung luasnya lautan tanpa sesalan menyinggah , 
Berkata kepada diri semua ini tercipta dengan sendiri tanpa sedar ada Pencipta di sebaliknya , 


Ayunan derapan langkah seakan tiada penghujungnya , 
Mengejar duniawi tanpa tujuan dan rakusnya , 
Membiarkan masa berlalu dengan sia - sia ,


'' Demi masa , 
Sesungguhnya manusia dalam kerugian , 
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling nasihat menasihati untuk kesabaran , ''


Harapan moga diberi manisnya iman , 
Agar dapat belayar di lautan dunia , 
Melawan ombak dan arus yang menggila tanpa kawalan , 


Dengan kesempatan yang sebentar  , 
Semoga hidup punya lakaran warna pelangi dan corak yang indah ,
Berlandaskan perintah Allah , 

Menikmati malam yang sunyi sepi , 
 Berbumbungkan langit dan bertapakkan tanah , 
Tadabbur alam , 
 menangisi diri jika punya kesempatan , 


Kerana hidup dan mati hanya sekali , 
Kampung akhirat menunggu diri , 
Syurga dan neraka setia menanti kerana masa itu tidak akan kembali , 


Andai masa itu aku manfaatkan . . . . 
















No comments:

Post a Comment