Saturday, 26 October 2013

Di Antara Dua Jalan . . .



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Jalan di mana membawa ku ke arah tempat yang di tuju 
Jalan di mana membentuk diri mengikut likunya 
Jalan yang memberi pelbagai sangkaan  

Antara dua jalan 
Menjadikan diri jahiliyyah mahupun mukminah 
Jalan berduri mahupun di arak dengan bunga buatan 

Antara dua jalan  
Memberikan pilihan kepada si pengembara 
Melalui yang biasa mahupun yang tidak biasa  

Antara dua jalan 
Jejak mengikuti langkahnya ke mana 
Kerna penghujungnya punya ibrah setimpal dengan langkah 

Antara dua jalan 
Ku pilih jalan yang asing 
Jejak langkah yang pudar 
seakan - akan tiada orang melaluinya 
  



Antara dua jalan
Dilema dalam kehidupan dunia mahupun akhirat sana
Memilih yang muhajahadah mahupun yang sesenang cuma

Antara dua jalan
Menuainya pengalaman seiring dengan derapan kaki melangkah
Menjadikan diri begitu kuat dan tabah
Kerna sebaik-baik jalan adalah di jalan Allah
kerna Allah sentiasa ada bersama




'' Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan ''
Surah Asy-Syarh : ayat 5

Sunday, 6 October 2013

Masa Yang Tidak Ternilai



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dengan masa yang hanya seketika , 
Biarlah keikhlasan saat itu terlakar dengan indahnya , 
kerana kesempatan yang hanya sebentar tidak ada kedua kalinya , 

Masa itu akan terus berjalan , 
Tanpa menunggu kita yang leka di dunia sendiri , 
Hatta walau sesaat pun ia tidak akan berpatah balik , 

Meratapi benda yang tiada , 
Melupakan perkara yang di depan mata bila mata hati tersembunyi dek dosa , 
Memandang kisah silam sehingga masa depan sirna begitu saja , 


Masa memandang dengan tajamnya pandangan , 
Apabila insan ciptaan Allah berjimba tanpa mengenal dunia , 
Mencalit dakwat dosa pada kertas kehidupan , 


Mendongak ke langit tanpa segan , 
Merenung luasnya lautan tanpa sesalan menyinggah , 
Berkata kepada diri semua ini tercipta dengan sendiri tanpa sedar ada Pencipta di sebaliknya , 


Ayunan derapan langkah seakan tiada penghujungnya , 
Mengejar duniawi tanpa tujuan dan rakusnya , 
Membiarkan masa berlalu dengan sia - sia ,


'' Demi masa , 
Sesungguhnya manusia dalam kerugian , 
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling nasihat menasihati untuk kesabaran , ''


Harapan moga diberi manisnya iman , 
Agar dapat belayar di lautan dunia , 
Melawan ombak dan arus yang menggila tanpa kawalan , 


Dengan kesempatan yang sebentar  , 
Semoga hidup punya lakaran warna pelangi dan corak yang indah ,
Berlandaskan perintah Allah , 

Menikmati malam yang sunyi sepi , 
 Berbumbungkan langit dan bertapakkan tanah , 
Tadabbur alam , 
 menangisi diri jika punya kesempatan , 


Kerana hidup dan mati hanya sekali , 
Kampung akhirat menunggu diri , 
Syurga dan neraka setia menanti kerana masa itu tidak akan kembali , 


Andai masa itu aku manfaatkan . . . .