Thursday, 21 February 2013

kasih ibu bawa ke syurga

Dari air mani dan ovum bercampur ,membentuk satu zigot sehingga lah sempurna sifatnya dan Allah tiupkan roh ke atasnya . SubhanaAllah , Maha Besar Allah yang mampu menjadikan sempurna ciptaanNya . Saat si ibu mendapat berita ada bakal yang menghuni dalam badannya , riang yang tidak terkira , bahagianya hanya Allah yang tahu . Kuatnya si ibu apabila mengalami alahan yang teruk pada awal kandungan ,dengan keupayaan yang terbatas hanya mampu berserah kepada Allah untuk keselamatan si ibu dan anaknya . Saban hari menghitung waktu dan masa untuk menanti bakal pejuangnya melihat dunia . Apabila saat itu tiba , kecemasan si ibu terlihat dari riak mukanya , kecemasan si ibu tidak hanya untuk dirinya tapi lebihkan keselamatan anaknya , kesakitan yang di tanggung di endahkan demi anaknya itu . Betapa dirimu begitu di hargai oleh si ibu biarpun nyawa adalah galang gantinya . Satu saat suara nyaring tangisam si anak kedengaran , Ya Allah betapa riangnya hati si ibu bagaikan lagu baginya tangisan si anak yang menenangkan dirinya biarpun kesakitan itu masih terasa , betapa kuatnya seorang ibu . Di saat pembesaran si anak , langkah mu menjadi aktif , ceria mu mencorakkan kehidupan pelangi si ibu , sakit si anak adalah sakit si ibu jugak yang berjaga malam demi memastikan dirimu selesa dan sihat . Umur menjengah , masa persekolahan menjadi tempat mu menimba ilmu , sungguh si ibu riang menghantar mu ke sekolah , meneman kan mu pada hari pertama hanya untuk memastikan yang terbaik bagi mu wahai si anak . Tahun demi tahun , engkau semakin meningkat remaja , setiap perlakuan mu hanya dipejamkan mata kerana sayangnya si ibu kepada si anak sehinggakan perasaannya sendiri di abaikan . Setiap kesalahan mu di maafkan si ibu tapi tidak pun kau meminta maaf setiap kesalahan yang kau buat , dalam hati yang paling dalam mereka mengharapkan kamu mengakui kesalahan mu hatta hanya untuk sekali . Betapa si ibu sanggup berpenat lelah mencari duit dan bersekang mata hanya untuk memastikan kau selesa , tapi kau pandang sepi . Betapa hancur luluh hati mereka jika kau dapat menyelami perasaan mereka , pastinya kau tak mampu untuk meninggikan suara hatta berkata '' eh '' kepada mereka . Betapa sayangnya mereka kepada mu wahai si anak dan mereka hanya mengharapkan yang terbaik bagi mu . Sedarlah wahai si anak , jika tiada lagi ibu mu di dunia hilang lah 1 keberkatan dalam hidup mu kerana berkat Allah terletak pada berkat kedua ibubapa mu. Hargai ibu anda sebelum tiada .

No comments:

Post a Comment