Saturday, 26 October 2013

Di Antara Dua Jalan . . .



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Jalan di mana membawa ku ke arah tempat yang di tuju 
Jalan di mana membentuk diri mengikut likunya 
Jalan yang memberi pelbagai sangkaan  

Antara dua jalan 
Menjadikan diri jahiliyyah mahupun mukminah 
Jalan berduri mahupun di arak dengan bunga buatan 

Antara dua jalan  
Memberikan pilihan kepada si pengembara 
Melalui yang biasa mahupun yang tidak biasa  

Antara dua jalan 
Jejak mengikuti langkahnya ke mana 
Kerna penghujungnya punya ibrah setimpal dengan langkah 

Antara dua jalan 
Ku pilih jalan yang asing 
Jejak langkah yang pudar 
seakan - akan tiada orang melaluinya 
  



Antara dua jalan
Dilema dalam kehidupan dunia mahupun akhirat sana
Memilih yang muhajahadah mahupun yang sesenang cuma

Antara dua jalan
Menuainya pengalaman seiring dengan derapan kaki melangkah
Menjadikan diri begitu kuat dan tabah
Kerna sebaik-baik jalan adalah di jalan Allah
kerna Allah sentiasa ada bersama




'' Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan ''
Surah Asy-Syarh : ayat 5

Sunday, 6 October 2013

Masa Yang Tidak Ternilai



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dengan masa yang hanya seketika , 
Biarlah keikhlasan saat itu terlakar dengan indahnya , 
kerana kesempatan yang hanya sebentar tidak ada kedua kalinya , 

Masa itu akan terus berjalan , 
Tanpa menunggu kita yang leka di dunia sendiri , 
Hatta walau sesaat pun ia tidak akan berpatah balik , 

Meratapi benda yang tiada , 
Melupakan perkara yang di depan mata bila mata hati tersembunyi dek dosa , 
Memandang kisah silam sehingga masa depan sirna begitu saja , 


Masa memandang dengan tajamnya pandangan , 
Apabila insan ciptaan Allah berjimba tanpa mengenal dunia , 
Mencalit dakwat dosa pada kertas kehidupan , 


Mendongak ke langit tanpa segan , 
Merenung luasnya lautan tanpa sesalan menyinggah , 
Berkata kepada diri semua ini tercipta dengan sendiri tanpa sedar ada Pencipta di sebaliknya , 


Ayunan derapan langkah seakan tiada penghujungnya , 
Mengejar duniawi tanpa tujuan dan rakusnya , 
Membiarkan masa berlalu dengan sia - sia ,


'' Demi masa , 
Sesungguhnya manusia dalam kerugian , 
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling nasihat menasihati untuk kesabaran , ''


Harapan moga diberi manisnya iman , 
Agar dapat belayar di lautan dunia , 
Melawan ombak dan arus yang menggila tanpa kawalan , 


Dengan kesempatan yang sebentar  , 
Semoga hidup punya lakaran warna pelangi dan corak yang indah ,
Berlandaskan perintah Allah , 

Menikmati malam yang sunyi sepi , 
 Berbumbungkan langit dan bertapakkan tanah , 
Tadabbur alam , 
 menangisi diri jika punya kesempatan , 


Kerana hidup dan mati hanya sekali , 
Kampung akhirat menunggu diri , 
Syurga dan neraka setia menanti kerana masa itu tidak akan kembali , 


Andai masa itu aku manfaatkan . . . . 
















Sunday, 22 September 2013

Siapa Kita Tanpa Allah . . ??



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sebenarnya dalam hidup ini apa yang kita cari? Ada yang menjawab harta, wang ringgit, kebahagiaan, keluarga yang bahagia, kawan yang ramai dan sebagainya. Namun, walaupun semuanya ada digenggaman, ada kalanya kita merasa resah. Walau acap kali kita merasa terlalu bahagia seperti dunia ini kita yang punya kerana, rasa gelisah tetap juga mengusik jiwa... Tidak tahu apa puncanya...
Kenapa ada waktu kita resah dan ada waktu pula kita merasa bahagia?
Cuba sahabat-sahabat meletakkan tangan ke dada dan rasa degupan jantung anda serta sebutlah astaghfirullahal 'Azim dengan rendah hati.... Apa yang sahabat rasa? Seakan wujud satu rasa keinsafan dan kesedihan bukan? Sedih itu bukan bererti kita sedih meratapi tetapi sebenarnya ketenangan yang abadi hinggap di hati apabila kita mengingati Allah.
Cuba sahabat-sahabat tunduk, merasakan diri ini lemah di hadapan Allah. Mata yang melihat ini anugerah Allah, tangan yang bergerak ini kepunyaan Allah, kaki yang berjalan ini milik Allah... Apa yang sahabat rasa? Pastinya timbul rasa kerendahan hati di hadapan Allah bukan? Dan tidak semena-mena perasaan resah gelisah yang tidak tahu puncanya itu hilang sedikit demi sedikit...
Pada waktu kita merasakan terlalu sedih, hina dan tidak berdaya, kita cuba menyebut astaghfirullahal 'Azim... Mengenang kembali dosa-dosa yang terdahulu seterusnya memohon ampun kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Adakalanya kita merasakan diri kita bebas dari dosa. Sepanjang hidup kita tidak pernah melakukan dosa.
Apakah maksud perasaan itu? Ia bermaksud kita sombong di hadapan Allah. Kita merasakan diri kita sudah terlepas dari azab seksa atas usaha kita sendiri bukan atas belas ehsan dari Allah SWT.
Ingatkah sahabat pada kisah seorang ahli ibadah ketika dia ingin dimasukkan ke dalam syurga? Dia bertanya kepada Allah.
"Mengapakah aku dimasukkan ke syurga?"
Lantas Allah menjawab, "Kerana rahmatKU engkau masuk ke syurga"
Lelaki itu membalas,  "Tidak, aku mahu masuk ke syurga kerana ibadahku yang banyak ini". 
Lalu Allah lemparkannya ke neraka kerana kesombongannya di hadapan Allah.
Seketika kita berasa diri kita kosong, tanpa ada sebab yang kukuh. Sehingga kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang kita telah lakukan 
sebentar tadi sehingga kita terasa sebegitu kosong. Ini kerana kita belum temui lagi kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Kita lupa apa tujuan kita hidup iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Apa sahaja yang kita rasa samada bahagia atau sengsara, kuncinya adalah dengan kembali kepada Allah. Akhirnya kita akan temui apa yang kita cari selama ini apabaila hati diikat pada tali Allah. Kita memerlukan Allah dalam hidup kita sedangkan Allah tidak memerlukan sesiapa...
Siapa kita tanpa tuhan yang mencipta... Di mana kita layaknya jika Allah tiada di hati?



Nukilan : I luv Islam . . . 

Friday, 20 September 2013



Perantau . . 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Kehidupan di dunia tidak lain hanya sebagai singgahan . . 
Dimana segala perbuatan hatta lisan sebagai bekalan untuk di tuai . .
Seperti reedem point untuk dapat hadiahnya . . 
Selangkah demi selangkah . . 
Perjalanan yang penghujung samada baik atau sebaliknya . . 
Hijrah yang memungkinkan antara dua jalan . .
Persekitaran yang mematangkan pemikiran . . 
Ragam yang mencerminkan kehidupan . .
Semakin jauh langkah , semakin banyak pengalaman . . 
Meneliti di sebalik senyuman . . 
Memaknakan di sebalik tangisan . . 
Mengetahui di sebalik susah dan senang pengalaman . . 
Hadiah Allah yang tidak ternilai berbanding mata wang serata negara . . 
Aku seorang perantau . . 
Mencari identiti diri . . 
Mencari di mana terletaknya ketenangan . . 
Mencari di mana cintanya Allah . . 
Aku seorang perantau . . 
mencari terus mencari . . 
Sehingga ketemu jalan terakhir . . 
Apabila malaikat maut bertandang maka roh mengiringinya ke dunia kekal di sana . .




Monday, 15 July 2013

Ujian Tarbiah Diri . . . .



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Allah datangkan ujian kepada setiap hambaNya kerana Allah sayang kepada mereka bukannya untuk melemahkan mereka. Hanya manusia itu sendiri yang menimbang ujian itu sebagai apa untuk dirinya. Kadang - kala ujian itu membuat seseorang akan jatuh lebih tersungkur mahupun bangkit lebih dari diirnya yang dahulu. Allah tahu apa yang terbaik kerana Allah ada Pencipta dan kita adalah salah satu ciptaanNya yang paling hebat yang tiada tandingan-Nya.

Tapi kenapa sering kali manusia mempersoalkan kebaikan tidak dipersoalkan keburukan. Adakah penghijrahan diri itu sebagai satu jenaka bagi mereka. Allahurobbi , adakah sunnah Rasulullah SAW itu sebgai salah satu alat bahan ketawa bagi mereka. Lemahnya diri dihadapkan dalam situasi sebegitu namun dengan Allah lah tempat mengadu dan berharap akan ujian itu mampu menguatkan lagi diri ini di masa hadapan.

Disaat manusia menjadi hamba fesyen semoga diri mampu membawa syariat agama tanpa terpedaya dek indahnya fesyen tanpa batasan. Kadang - kala Allah rindu tangisan kita kepada-Nya tanpa mengetepikan tawa riang yang hanya untuk-Nya.

Indahnya hidup bersyariatkan agama islam berbanding hidup bertunjangkan dunia semata - mata. Tidak mengapa jika sekeiling mentertawa akan hijab diri kerana hijrah itu hanya untuk pandangan Allah , semata - mata Allah dan semuanya untuk Allah.

Menangis untuk hari ini tidak mengapa kerana in shaa Allah kita akan kuat di masa hadapan. Bersyukur kepada Allah kerana di bukakan mata hati untuk lihat indahnya islam berbanding di bukakan bila di akhirat kelak.

'' Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah (Allah) yang telah menciptakanku dan hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan''
Surah Ya'sin : ayat 22


P/s : Ujian Allah itu adalah rahmat dan kita harus menerimanya dengan senyuman kerana tangisan dalam senyuman itu adalah indah (:

Sunday, 30 June 2013

Ke mana diri ku . . .




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dahulunya harapan yang di bina di sandarkan semata - mata dengan usaha . . . 
Andai harapan itu tidak seindah yang diharapkan . . . 
Mula menitik setitis demi setitis mutiara yang tiada hentinya . . .
Bertanya kepada diri di manakah silapnya diri . . .
Adakah dari usaha ? 
Adakah dari lisan ?
Adakah dari diri sendiri ?


Lemahnya diri seakan bumi jatuh terhempap di pundak . . .
Tersungkur dan rebah tanpa ada pertolongan . . .
Meratapi diri yang kian jauh dariNya . . .
Mengharapkan seindah kejadian berlaku di depan mata . . . 


Hamba Allah datng menyapa kepadanya . . . 
Pertanyaan datang tanpa dipinta . . .
Adakah pergantungan diberikan kepada benda dan manusia semata - mata . . . 
Minda mula sedar . . .
Mata hati mula terbuka untuk menyedarinya . . .
Akan sebuah hakikat . . .
Semua yang terjadi ada hikmahnya tersendiri . . . 


Kini harapan disandarkan kepada RabbNya . . .
Doa dan usaha itu seiring dengannya . . .
Tiada penyesalan setelah itu . . .
Kerana semua ada ibrahnya . . .
Cantik dan indahnya perancangan Allah itu pasti . . .


Suburkan iman carilah kemuliaan . . .
Lapangkan dada hentikan ratapan . . .
Bawa hatimu kepada tuhan . . .
Mengharapkan hadir jiwa kehambaan . . .


Bertanam la di dunia ini kerana tanaman itu pasti kita akan tuai di akhirat kelak . . .


"Inna tawakaltu ‘alal hayyil ladzi la yamutu, la hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adhim.”Sesungguhnya aku berserah diri kepada yang Maha Hidup yang takkan pernah mati. Tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."


"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat kelak.

(HR.Tirmidzi)




Indahkan diri mu dengan kalamNya 
Tingkatkan peribadi mu dengan cintaNya 

Wednesday, 26 June 2013




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Pencarian ku . . . .
Di kala diri tertanya - tanya , 
Apakah sebab hidup di dunia , 
Adakah ianya seperti masa yang berlalu begitu saja , 

Pencarian ku . . . . 
Semasa aku terjatuh , 
Semasa diri di ambang kesenangan , 
Semasa diri di kaburi dengan kenikmatan dunia , 

Pencarian ku . . . . 
Hati yang penuh kekosongan , 
Mencari - cari ertinya hidup , 
Mengisi dengan perencah pelbagai keseronokan , 

Pencarian ku . . . .
Diri di lambung kesedihan , 
Menyandarkannya di tempat yang salah , 
Ketenangan yang bersifat sementara , 

Pencarian ku . . . .
Menginjak usia ke alam dewasa , 
Memaksa diri berfikir akan arena dunia , 
Adakah ianya jambatan ke akhirat sana , 

Pencarian ku . . . .
Membawa ku mengenal Pencipta , 
Ta'aruf dengan indahnya Islam , 
Ta'alim dengan ilmuNya , 
Membuka kan mata hati mengenalNya , 




Saturday, 15 June 2013

Innalaha Ma'ana :)





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Kadang-kala dalam kehidupan ini tidak selama - lamanya berada di atas  dan tidak jugak selamanya berada di bawah. Pepatah lama mengatakan '' hidup ini ibarat seperti roda yang akan merasa berada di atas dan di bawah ''

Kita mengajar sekeping hati ini supaya kuat berpegang dengan pendirian hidup , tapi ada kalanya dalam satu tempoh kita tersungkur tanpa di pinta. Sakit hanya diri dan Allah yang tahu. Tapi akalku mencerna di sebalik kesusahan ini.

 '' Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan '' Surah Asy-Syarh ayat : 5 . Allah tidak akan pernah meninggalkan hambaNya di dalam kesulitan bersendirian.

Di saat dalam kegembiraan , terbit perasaan halus sedih yang senantiasa menyinggah hatta sesaat cuma  tapi impaknya mampu buat sepasang mata mengeluarkan sebutir mutiara yang mampu menenangkan hati seiring dengan air mata itu.

Betapa Allah sayang pada kita , tidak pada kita dalam gembira ingat padanya malah dalam duka pun Allah ada. '' ( yaitu ) orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram '' Surah ar - Rad ayat : 28. Allah itu pemilik sekeping hati ini. Jadi hanya kepadaNya la kita meminta ketenangan.

Wahai hati,
 jangan bersedih kerana Allah itu ada dan sentiasa bersama - sama kita cuma kita yang tidak menghargai akan kehadiranNya.

Bentangkan sedih mu di hadapan Allah. Cari ketenangan mu dengan Allah dan kongsi cerita kehidupan mu dengan Allah kerana Allah adalah sebaik - baik pendengar.

Air mata mu sungguh bernilai untuk di bazirkan dengan hal dunia semata - mata, meskipun satu dunia menentang mu kerana ada Allah yang sentiasa bersama.


Wahai hati,
kuatkan la pegangan mu, 
kita sedih di dunia dengan lakonan para pelakonnya, 
tapi kita akan tersenyum ketawa di Jannah Allah kelak, 

Wahai hati , 
Allah sentiasa bersama - sama kita :)



- ana_ayin -



Monday, 10 June 2013

ketika cinta menyapa ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Setiap dari kita tidak pernah terlepas dari mengenalnya cinta hatta cinta dengan Rabb , sahabat mahupun kepada yang bergelar Adam.

Tapi , adakah cinta itu membawa kita ke jalanNya mahupun ke jalan yang bertentangan yang penuh dengan keindahan tapi lama - kelamaan akan sirna indahnya.

Ayuh , perbetulkan persepsi cinta mu. Adakah ia benar - benar cinta yang Allah redha dan berkati mahupun yang mengundang kemurkaan Allah.

Wahai diri , bercinta itu tidak salah tapi adakah cinta itu disalurkan kepada yang berhak yang bersifat '' High Class '' mahupun '' Murahan '' . Tepuk dada tanya diri bukan tanya pada selera.

Lihatlah cinta dari sudut pandangan Pencipta cinta yakni Allah. Itulah pandangan yang benar , tepat dan betul. Selainnya adalah pandangan yang batil dan tersasar.

Kita umpamakan cinta itu sebagai hadiah. Ya , cinta itu umpama hadiah daripada Allah. Namun persoalannya , siapakah yang lebih wajar kita hargai ? Hadiah atau Pemberi Hadiah ? Jawabnya tentulah Pemberi Hadiah iaitu Allah !

Cinta itu suci , mereka kotorkan dengan hawa nafsu. Cinta itu abadi , mereka membunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara. Cinta itu tinggi , mereka menghenyaknya ke lembah yang hina. Cinta itu putih bersih , mereka nodai dengan warna dosa yang hitam legam.

Konklusinya , melihat '' Buah Hati '' dengan Mata Hati kerana segala - segalanya kerana DIA akan melahirkan cinta yang sirnanya tidak akan pernah pudar sehingga ke JannahNya.

Say I LOVE YOU ALLAH TILL MY LAST BREATH :)

''Ya Allah , kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu , cinta kepada orang yang mengasihi-Mu dan apa-apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu , Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk ( bagi orang yang kehausan ) - Riwayat al - Tarmizi






Keistimewaan Al - Quran

   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kitab suci yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulnya Muhammad s.a.w adalah merupakan sebuah kitab yang terkandung di dalamnya wahyu dan pengajaran daripada Allah untuk memandu hidup manusia di dunia dan di akhirat

Perkataan ''Qur'an'' berasal daripada akar kata bahasa Arab qaraa yang bermaksud ''baca'' dan Qur'an membawa maksud ''bahan yang dibaca''

'' Kalam Allah yang diwahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Jibrail a.s dalam bentuk makna dan perkataan serta disampaikan kepada manusia dalam bentuk mutawatir secara sebutan dan tulisan, tidak bole sama sekali ditiru dan terjaga akan kemurniaannya oleh Allah s.w.t hingga hari kiamat.''

Nama-nama Al-Qur'an : 
1. al - Kitaab : sebuah kitab
2. al - Furqaan : Pemisah antara yang hak dan batil
3. adz-Dzikir : Peringatan
4. at-Tanzil : Penurunan

Sifat-sifat Al-Qur'an
1. an-Nuur : cahaya yang menerangi kegelapan
2. al-Mubiin : menerangkan sesuatu
3. al-Huda : Petunjuk
ar-Rahmah : kerahmatan

Keistimewaan Al - Qur'an

  • panduan dalam semua aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat
  • menjadi sumber kepada berbagai jenis pengkajian
  • kalam Allah
  • menggunakan bahasa arab iaitu bahasa syurga
  • manqul bitawatir
  • peringatan dan petunjuk bagi seluruh alam


Al-Quran dan sains
  • Cap Jari Tangan Manusia sebagai Alamat pengenalan
  • Ciptaan Langit , Bumi dan Planet
  • Bentuk Bumi dan Perjalanannya di Atas Paksi
  • Penciptaan Semua Makhluk Berpasangan

Maurice Bucaille seorang pakar bedah Perancis dalam bukunya The Bible , The Qur'an and Science (1978:120) pula menulis , '' Whereas monumental errors are to be found in the Bible , I could not find a single error in the Qur'an ''.



#itu lah serba sedikit pencerahan mengenai Al-Qur'an antara mukjizat Allah yang tiada tandingannya (: