بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sebenarnya dalam hidup ini apa yang kita cari? Ada yang menjawab
harta, wang ringgit, kebahagiaan, keluarga yang bahagia, kawan yang ramai dan
sebagainya. Namun, walaupun semuanya ada digenggaman, ada kalanya kita merasa
resah. Walau acap kali kita merasa terlalu bahagia seperti dunia
ini kita yang punya kerana, rasa gelisah tetap juga mengusik jiwa... Tidak tahu
apa puncanya...
Kenapa ada waktu kita resah dan ada waktu pula kita merasa
bahagia?
Cuba
sahabat-sahabat meletakkan tangan ke dada dan rasa degupan jantung anda serta
sebutlah astaghfirullahal 'Azim dengan rendah hati.... Apa yang
sahabat rasa? Seakan wujud satu rasa keinsafan dan kesedihan bukan? Sedih itu
bukan bererti kita sedih meratapi tetapi sebenarnya ketenangan yang abadi
hinggap di hati apabila kita mengingati Allah.
Cuba sahabat-sahabat tunduk, merasakan diri ini lemah di hadapan
Allah. Mata yang melihat ini anugerah Allah, tangan yang bergerak ini kepunyaan
Allah, kaki yang berjalan ini milik Allah... Apa yang sahabat rasa? Pastinya
timbul rasa kerendahan hati di hadapan Allah bukan? Dan tidak semena-mena
perasaan resah gelisah yang tidak tahu puncanya itu hilang sedikit demi
sedikit...
Pada
waktu kita merasakan terlalu sedih, hina dan tidak berdaya, kita cuba menyebut astaghfirullahal 'Azim... Mengenang
kembali dosa-dosa yang terdahulu seterusnya memohon ampun kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh. Adakalanya kita merasakan diri kita bebas dari dosa.
Sepanjang hidup kita tidak pernah melakukan dosa.
Apakah maksud perasaan itu? Ia bermaksud kita sombong di hadapan
Allah. Kita merasakan diri kita sudah terlepas dari azab seksa atas usaha kita
sendiri bukan atas belas ehsan dari Allah SWT.
Ingatkah sahabat pada kisah seorang ahli ibadah ketika dia ingin
dimasukkan ke dalam syurga? Dia bertanya kepada Allah.
"Mengapakah aku dimasukkan ke syurga?"
Lantas Allah menjawab, "Kerana rahmatKU engkau masuk ke
syurga"
Lelaki itu membalas, "Tidak, aku mahu masuk ke syurga
kerana ibadahku yang banyak ini".
Lalu Allah lemparkannya ke neraka kerana kesombongannya di hadapan
Allah.
Seketika kita berasa diri kita kosong, tanpa ada sebab yang kukuh.
Sehingga kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang kita telah lakukan
sebentar
tadi sehingga kita terasa sebegitu kosong. Ini kerana kita belum temui lagi
kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Kita lupa apa tujuan kita hidup iaitu
untuk beribadah kepada Allah.
Apa sahaja yang kita rasa samada bahagia atau sengsara, kuncinya
adalah dengan kembali kepada Allah. Akhirnya kita akan temui apa yang kita cari
selama ini apabaila hati diikat pada tali Allah. Kita memerlukan Allah dalam
hidup kita sedangkan Allah tidak memerlukan sesiapa...
Siapa kita tanpa tuhan yang mencipta... Di mana kita layaknya jika
Allah tiada di hati?
Nukilan : I luv Islam . . .