Monday, 15 July 2013

Ujian Tarbiah Diri . . . .



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Allah datangkan ujian kepada setiap hambaNya kerana Allah sayang kepada mereka bukannya untuk melemahkan mereka. Hanya manusia itu sendiri yang menimbang ujian itu sebagai apa untuk dirinya. Kadang - kala ujian itu membuat seseorang akan jatuh lebih tersungkur mahupun bangkit lebih dari diirnya yang dahulu. Allah tahu apa yang terbaik kerana Allah ada Pencipta dan kita adalah salah satu ciptaanNya yang paling hebat yang tiada tandingan-Nya.

Tapi kenapa sering kali manusia mempersoalkan kebaikan tidak dipersoalkan keburukan. Adakah penghijrahan diri itu sebagai satu jenaka bagi mereka. Allahurobbi , adakah sunnah Rasulullah SAW itu sebgai salah satu alat bahan ketawa bagi mereka. Lemahnya diri dihadapkan dalam situasi sebegitu namun dengan Allah lah tempat mengadu dan berharap akan ujian itu mampu menguatkan lagi diri ini di masa hadapan.

Disaat manusia menjadi hamba fesyen semoga diri mampu membawa syariat agama tanpa terpedaya dek indahnya fesyen tanpa batasan. Kadang - kala Allah rindu tangisan kita kepada-Nya tanpa mengetepikan tawa riang yang hanya untuk-Nya.

Indahnya hidup bersyariatkan agama islam berbanding hidup bertunjangkan dunia semata - mata. Tidak mengapa jika sekeiling mentertawa akan hijab diri kerana hijrah itu hanya untuk pandangan Allah , semata - mata Allah dan semuanya untuk Allah.

Menangis untuk hari ini tidak mengapa kerana in shaa Allah kita akan kuat di masa hadapan. Bersyukur kepada Allah kerana di bukakan mata hati untuk lihat indahnya islam berbanding di bukakan bila di akhirat kelak.

'' Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah (Allah) yang telah menciptakanku dan hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan''
Surah Ya'sin : ayat 22


P/s : Ujian Allah itu adalah rahmat dan kita harus menerimanya dengan senyuman kerana tangisan dalam senyuman itu adalah indah (: