بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Harga sebuah ukhwafillah tidak ternilai harganya. Indahnya ikatan ukhwah sesama islam seindahnya ironi islam dalam kehidupan. Betapa yang bergelar insan terlalu jauh untuk menyedari hakikat indah itu. Terbina ukhwah di setiap perkenalan tanpa mengenal masa dan tempat dan bahagianya mengisi ruang angkasa milik Allah. Allah betapa sedihnya apabila pengakhiran ukwah adalah perpisahan seperti pepatah lama '' setiap pertemuan pasti ada pengakhiran '' , serasa sakitnya terasa hingga ke urat saraf. Kasih sayang Allah itu luas dan kasih sayangnya disalur melalui ukhwah yang terbina. Ruginya manusia seakan - akan tidak menyedari akan ini kerana terpana dengan indahnya dunia yang penhujungnya akan membuatkan diri sendiri rugi. Sayang ku dengan yang bergelar sahabat hanya Allah yang boleh menilainya , titisan mutiara mula menitik menganang ke pipi mendengarkan pengakhiran salam ukhwah dari sahabat. Pengenalan yang singkat bukan pengukurnya tapi limpahnya kasih sayang itu menjadi ukurannya.
Diri ini memujuk percaya dengan Allah kerana Allah akan gantikan kesedihan ini dengan kegembiraan walaupun sementara menyinggah. Kehidupan ini terlalu singkat untuk diratapi kerana penghujungnya baru bermula satu kehidupan yang hakiki. Riangkan hatimu dengan kalamNya , bisikkan rindu mu kepada Rabb dan hamparkan cinta mu kepada Pemilik Cinta Abadi. Terima kasih yang bergelar sahabat kerana mewarnai diri ini seindah pelangi meskipun mendung dan ribut mendatang tanpa sesudahnya mampu menyinar dengan warna yang ceria untuk menceriakan hari - harimu (:
Innalaha ma'ana ayin (:
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteبسم الله....
ReplyDeleteأخوكم في الله....
صدقت وبررت يا صاحبتي الزيزة...
كما قال النبي صلى الله عليه وسلم:
"النظر سهم مسموم من سهام ابليس من تركها من مخافة الله أبدله الله ايمانا تجد حلاوته في قلبه"
قال الله جل جلا له
"هل جزاء الاحسان الاّ الاحسان () فبأي ألاء ربكما تكذبان"
صدق الله العلي العظيم
..لا تنسي ذكر الله يا صاحبتي الحبيبتي
جزاكم الله خيرا كثيرا
أسأل الله أن يجعلنا من الممتازين في كل الامتحان في الدين والدنيا والأخرة..
)أخوة في الله(
salam sahabat
أشكر لك أصدقاء مع الكلمات - الكلمات التي روح (:
ReplyDelete